sayang

http://saad-tautanhati.blogspot.com/

Monday, 26 July 2010

Unit 2: Struktur Asas

Share

PENGENALAN

Unit 2 - PENGENALAN

Posted on Saturday, May 8, 2010 by faEQ | 0 comments
Labels:

Keupayaan sistem pengoperasian tiada hadnya yang penting ialah apakah pengguna perlu jangkakan daripada sistem pengoperasian yang dikehendakinya. Misalnya Unix, sistemnya mengandungi beberapa keperluan di antaranya :


• Sistem pengoperasian
Contoh : program loader, arahan penterjemah

• Bahasa pemproses
Contoh : compiler dan linker C

• Utiliti
Contoh : teks editor, terminal emulator

• Subrutin library
Contoh : lib.c, include fail

Sumber bahan-bahan fizikal sistem pengoperasian : pemproses, ingatan utama, storan sekunder, peranti i/o.

Perkhidmatan yang diberi oleh sistem pengoperasian : antaramuka pengguna, keselamatan data.

Secara amnya sistem pengoperasian ialah program yang sentiasa dilaksanakan dalam komputer (kernel).

STRUKTUR ASAS SISTEM PENGOPERASIAN

2.1 Perkakasan

Dari segi fizikalnya satu sistem komputer terdiri daripada unit pemprosesan pusat, ingatan utama dan beberapa peranti input-output yang merupakan periferal sistem komputer. Semua ini dikenali sebagai “perkakasan” atau “mesin” komputer.

Tanpa sistem Pengoperasian, pengguna akan menghadapi banyak masalah kerana pengguna tersebut tidak dapat mengendalikan semua perkakasan dengan tepat.



2.2 Perisian

Perisian sebenarnya yang membentuk dan membolehkan komputer melakukan sesuatu tindakan dan perisian yang boleh bertindak demikian di panggil “Perisian Penggunaan”
Bagi memudahkan juruaturcara membangunkan perisian penggunaan ini , kebanyakan sistem komputer menyediakan satu lagi jenis perisian yang dikenali dengan nama “Perisian Sistem”. Di antara contoh perisian jenis ini ialah pengkompilasi, penyunting, pepaut dan pemuat.


Dari perbincangan di atas, kita telah dapati bahawa satu tugas utama Sistem Pengoperasian ialah untuk menyembunyikan perkakasan komputer dari pengguna dan menyelesaikan semua masalah yang bersangkutan dengannya.

CIRI-CIRI UTAMA SISTEM PENGOPERASIAN

Ciri-ciri Utama Sistem Pengoperasian dibahagikan kepada :-

Serentak

Sistem pengoperasian dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan serentak / selari, (Misalnya operasi-operasi I/O dilaksanakan serentak dengan operasi pengiraan). Dengan ini bermakna beberapa program pengguna dilaksanakan dalam satu jangka masa yang sama.

Masalah : 1. Penukaran daripada satu aktiviti kepada aktiviti
yang lain
2. Perlindungan antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.



Perkongsian

Oleh kerana aktiviti-aktiviti dilaksanakan serentak maka sumber-sumber komputer, data dan maklumat dikongsi bagi tujuan-tujuan berikut :

• Dapat mengurangkan kos di mana satu sumber sistem dapat digunakan oleh beberapa pengguna sistem.

Kelebihannya : penggunaan sumber-sumber bahan yang adil kepada pengguna-pengguna sistem kerana tidak semua sumber bahan digunakan sentiasa oleh seorang pengguna.
Kos berkurang dan manfaat dapat ditingkatkan apabila sumber bahan dapat dikongsi oleh beberapa pengguna.
• Kongsi aturcara dan rutin

Tenaga kerja juruaturcara dapat dijimatkan apabila rutin misalnya rutin isihan, penyusunan dikongsi penggunaannya.

• Kongsi data

Fail yang mempunyai data global / pangkalan data boleh dikongsi oleh aturcara berlainan. Dengan ini dapat menjimatkan ruang storan dan mengelakkan duplikasi fail dan data.


Apabila melibatkan perkongsian sumber bahan (peranti, fail, aturcara dan rutin) perkara yang perlu dipertimbangkan ialah :

• Peruntukkan sumber bahan
• Capaian data
• Perlaksanaan aturcara dengan serentak
• Perlindungan data dari kerosakan



Storan Jangka Panjang

Dengan keperluan perkongsian data, aturcara dan rutin ianya perlu distor pada storan seperti RAM, storan sekunder. Perkara yang perlu dipertimbangkan :

- Penyediaan capaian data / aturcara yang mudah
- Perlindungan dari gangguan Perlindungan dari kegagalan sistem.

CIRI-CIRI SOKONGAN SISTEM PENGOPERASIAN

Keberkesanan (cekap dan tepat)

Satu perisian yang cekap boleh menyelesaikan masalah yang agak cepat. Kriteria cekap dan berkesan adalah sifat sistem pengoperasian yang baik, ianya diukur mengikut :

• Masa purata di antara kerja-kerja
• Masa pemproses pusat yang terbuang
• Masa pusingan semula kerja-kerja kelompok
• Masa maklumbalas dalam sistem capaian berganda
• Penggunaan sumber-sumber sistem komputer

Faktor-faktor di atas tidak mungkin dapat dioptimumkan serentak. Walaubagaimanapun sistem pengoperasian cekap mempunyai ciri-ciri yang mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber dan memaksimumkan daya pemprosesan sistem komputer.



Kebolehpercayaan

Satu perisian yang “boleh dipercayai” adalah perisian yang dapat memberikan satu khidmat yang memuaskan hati pengguna. Kebolehpercayaan ini adalah sangat penting bagi mana-mana perisian, apatah lagi satu sistem pengoperasian kerana tidak akan menghasilkan masalah yang besar kepada pengguna.
Selain dari itu disebabkan sistem pengoperasian akan digunakan oleh berbagai jenis pengguna, sistem pengoperasian tersebut mesti mampu menghadapi sebarang kemungkinan dan memberikan satu tindakbalas yang sesuai.




Mudah Diselenggarakan

Satu perisian yang baik akan sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa, sama ada bagi membetulkan sebarang kesilapan yang ada atau mengubahsuai bagi mengikuti perubahan spesifikasi, atau bagi memindahkan perisian tersebut ke satu persekitaran yang lain. Semua perkara-perkara tersebut adalah disebut sebagai Penyelenggaraan Perisian.




Saiz Kecil

Seperti yang telah diketahui , sistem pengoperasian akan diperlukan pada setiap masa semasa sistem komputer sedang berjalan. Jadi sistem pengoperasian akan sentiasa berada di dalam ingatan utama, dan seterusnya mengurangkan ruang ingatan yang boleh digunakan oleh aturcara pengguna. Justru itu satu sistem pengoperasian seharusnya mempunyai saiz yang kecil bagi mengurangkan ruang ingatan yang digunakan.
Juga biasanya satu system yang besar akan lebih cenderung untuk mempunyai kesalahan dan memakan masa yang lama untuk ditulis.

Sistem Nukleus

Share

Mekanisma Sampukan

Aktiviti-aktiviti i/o boleh bertindih dengan pemprosesan dengan menggunakan 2 peranti perkakasan :

• Channel
Channel – peranti yang mengawal periferal, yang menjalankan perpindahan data di antara periferal dan ingatan tanpa melibatkan pemproses pusat.



• sampukan
Sampukan – isyarat yang mengalihkan kawalan pemproses pusat ke satu lokasi tertentu dan menyimpan nilai pengira program untuk proses yang disampuk sebelum sampukan (ke dalam ingatan). Oleh itu sebuah program yang sedang dijalankan semasa menerima sampukan akan terhenti seketika tetapi boleh diteruskan semula kemudian.


Sampukan dari channel – isyarat menandakan data telah selesai dialihkan / dipindahkan jadi pemproses utama boleh memulakan alihan periferal (untuk meneruskan pemprosesan sementara channel mengawal peralihan) dan menerima isyarat dari sampukan apabila peralihan telah tamat.

Sistem Nukleus ( sub topic)


Sistem pengoperasian boleh dianggap dibina oleh beberapa lapisan. Lapisan dalam yang terakhir ialah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perkakasan mesin. Lapisan-lapisan luar menyediakan mesin-mesin maya, dengan itu keseluruhan binaan lapisan menghasilkan satu mesin maya untuk kegunaan pengguna.

Antaramuka utama di antara perkakasan mesin yang asas dan sistem pengoperasian disediakan oleh nukleus sistem, lapisan dalam yang terakhir. Nukleus menyediakan sekitaran untuk mengujudkan proses-proses seperti menangani sampukan, beralih (switch) pemproses di antara proses dan implementasi mekanisma komunikasi di antara proses.

Sistem Nukleus mengandungi 3 program :

i. Pengurus sampukan Paras Pertama (FLIH)
ii. Penjadualan Paras Bawah (Dispatcher)
iii. Implementasi proses “WAIT” dan “SIGNAL”

Pengurus Sampukan Paras Pertama (FLIH)


Pengurus Sampukan Paras Pertama (FLIH)

Bertindakbalas dengan isyarat-isyarat dari luar (sampukan) dan dalam (ralat) sistem komputer. Kedua-dua isyarat ini dinamakan sampukan.

2 fungsi FLIH :

i. Menentukan sumber yang menghasilkan sampukan

Mekanisma sampukan diperlukan untuk menyimpan nilai pengira program (pendaftar) sesebuah proses yang disampuk dan mengalihkan kawalan ke satu lokasi tertentu di dalam ingatan. Lokasi ini akan digunakan untuk memulakan satu program yang dipanggil rutin sampukan atau pengurus sampukan (interrupt handler) yang menentukan sumber sampukan dan memberi tindakbalas yang sepatutnya. FLIH adalah program ringkas yang beroperasi di dalam ingatan.

Fungsi menentukan sumber sampukan dijalankan dengan melalui beberapa turutan ujian ke atas ‘status flag’ semua sumber yang ada. Turutan ujian ini dipanggil ‘skip chain’ dan ditunjukkan seperti Rajah 3.3 di bawah :

Photobucket



ii. Memulakan layanan untuk menangani sampukan

Fungsi FLIH yang kedua ilah memulkan sampukan dengan memanggil rutin layanan yang bersesuaian dengan jenis sampukan (sama ada peranti i/o, ralat). Tindakan rutin-rutin layanan sampukan (dijalankan dalam mod supervisor) adalah sangat minima (seperti memindahkan satu aksara dari peranti input ke dalam penimbal (buffer) dan tindakan selanjutnya (seperti apa yang perlu dilakukan kepada aksara itu) akan diserahkan kepada proses yang dilaksanakan di dalam mod pengguna.

Mod supervisor ialah keadaan di mana arahan-arahan istimewa dilaksanakan oleh sistem pengoperasian.

Arahan-arahan istimewa :

i. menangani sampukan
ii. mengalihkan pemproses di antara proses
iii. menjalankan i/o
iv. menghentikan pemproses pusat
v. mencapai pendaftar yang digunakan oleh perkakasan pelindung ingatan.

Unit 3 - Sistem Nukleus ( sub topic)

Posted on by faEQ | 0 comments
Labels:

Sistem pengoperasian boleh dianggap dibina oleh beberapa lapisan. Lapisan dalam yang terakhir ialah kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perkakasan mesin. Lapisan-lapisan luar menyediakan mesin-mesin maya, dengan itu keseluruhan binaan lapisan menghasilkan satu mesin maya untuk kegunaan pengguna.

Antaramuka utama di antara perkakasan mesin yang asas dan sistem pengoperasian disediakan oleh nukleus sistem, lapisan dalam yang terakhir. Nukleus menyediakan sekitaran untuk mengujudkan proses-proses seperti menangani sampukan, beralih (switch) pemproses di antara proses dan implementasi mekanisma komunikasi di antara proses.

Sistem Nukleus mengandungi 3 program :

i. Pengurus sampukan Paras Pertama (FLIH)
ii. Penjadualan Paras Bawah (Dispatcher)
iii. Implementasi proses “WAIT” dan “SIGNAL”

Penjadual Paras Rendah (Dispatcher)

Dispatcher akan bertindak apabila ada sampukan dalam / luaran:

i. proses yang sedang berjalan terhenti
ii. sesebuah pemproses sangat diperlukan di tempat lain

Implementasi ‘wait’ dan ‘signal’

Implementasi wait dan signal ini perlu ada dalam nukleus kerana :

• Semua proses memerlukannya untuk diimplemen pada paras bawah
• Operasi wait adalah untuk blok proses dan menyebabkan dispatcher melokasi semula pemproses. Seterusnya operasi wait mesti membuat capaian kepada dispatcher.
• Untuk memulihkan semula proses kepada keadaan running ialah dengan memberi signal. Seterusnya signal mesti boleh capai rutin interrupt.

Operasi Sistem

Share

Sistem Pengoperasian (operating system - OS) adalah satu set program untuk komputer mengendalikan sumbernya (resources) sendiri seperti unit pemprosesan pusat(central processing unit), ingatan utama (main memory), ingatan sekunder (secondary memory), peranti Input dan Output (Input/Output devices).

Oleh yang demikian perisian aplikasi pengguna (users application software) tidak perlu menyediakan semua arahan yang diperlukan oleh komputer. Ini membolehkan pengaturcara memfokuskan usahanya kepada penyelesaian masalah kepada pelanggan. Sistem pengoperasian mempunyai tiga fungsi utama:

a) untuk mengendalikan perkasasan (hardware),

b) untuk membekalkan atau menyokong perlaksanaan aplikasi,

c) untuk menyediakan media perhubungan antara pengguna.

Satu program yang dipanggil Penyelia program (supervisor program) akan mengawal keseluruhan sistem pengoperasian dan memastikan bahawa program lain dalam sistem dipanggil ke dalam ingatan seperti yang diperlukan dan ruang ingatan digunakan dengan cekap.

Sistem pengoperasian meningkatkan kecekapan melalui dua cara:

a) dengan menolong pengguna mendapatkan faedah maksimum dari sumber sistem komputer,

b) dengan menyediakan rutin khas dan program yang menjalankan tugas yang umum.

Program perkhidmatan (services programs), juga dipanggil utilities, adalah satu set program piawai yang disediakan. Utiliti ini menjalankan tugas pengendalian fail yang sentiasa berulang seperti pengubahan fail dan operasi isih/cantum (sort/merge). Fail kelompok (batch file) atau fail arahan (command file) adalah satu program yang memulakan operasi komputer secara automatik dengan melaksanakan set program yang sama setiap kali komputer dimulakan.

Salah satu contoh ialah Spooling. Ia adalah satu teknik yang menghalang cetakan yang menggabungkan output dari banyak proses yang sedang dilaksanakn dalam satu masa (concurrent processes). Dalam teknik ini, fail-fail yang akan dicetak ditulis terlebih dahulu ke dalam cakra dan akan dicetak dengan secepat mungkin satu persatu. Bila proses spooling ini tamat, semua fail dicetak secara berasingan dan tidak rosak serta bercampur aduk kandungannya.

UNIX ialah satu sistem pelbagai pengguna (multiuser) dan berkongsi masa (timesharing) yang telah dibina dalam tahun 1971 oleh penyelidik di makmal Bell. Ia telah sdisebut sebagai satu OS yang umum (generic). OS yang umum ini dapat digunakan oleh perkakasan yang berbeza. Kini, ramai yang menganggap UNIX sebagai OS yang standard.

MS-DOS ialah sistem pengoperasian yang popular yang ditulis oleh Microsoft untuk komputer PC IBM dan yang sepadan (compatible). Sistem Booting ialah proses pengisian sistem pengoperasian kedalam ingatan. Isyarat segera diberi kepada pengguna apabila proses booting dilengkapkan dan sistem pengoperasian bersedia untuk diarahkan. Program MS-DOS adalah dilaksanakan melalui penghasilan arahan, satu nama yang memohon dan mendapatkan program yang betul. Arahan DOS ditempatkan ke dalam ingatan komputer apabila kita membuka komputer. Arahan di dalam DOS mesti dipenuhi ke dalam ingatan apabila komputer dibuka, arahan luaran DOS dibaca daripada disket sebelum mereka dilaksanakan. Default drive, juga dipanggil current drive, iaitu pemacu cakra untuk penggunaan semasa di komputer itu. Secara amnya, program komputer PC ditulis untuk dilaksanakan dalam satu sistem pengoperasian dan tidak boleh dilaksanakan di sistem yang lain.


Persekitaran pengoperasian (operating environment) menyediakan kemudahan antaramuka komputer dengan pengguna. Di sini terdapat beberapa kaedah dalam persekitaran pengoperasian. Yang pertama ialah Command-line interface (CLI). CLI ialah antaramuka pengguna yang tradisional yang memerlukan pengguna mengingat arahan dan menaipnya untuk menggunakannya. Ini asas kepada MS-DOS. Apabila OS cuba untuk membuat persekitaran yang mesra-pengguna (user friendly), ia dipanggilshell, yang merupakan satu “lapisan pelindung” di sekitar sistem pengoperasian. MS-DOS sekarang menawarkan kedua-dua tradisional CLI dan persekitaran mesra-pengguna di mana pengguna tidak perlu untuk mengingat atau melihat kembali arahan yang sesuai. Persekitaran pengoperasian yang paling popular ialah dengan menggunakan grafik untuk antaramuka pengguna (graphical user interface atau GUI), di mana ianya membenarkan penggunaan alat penunjuk seperti tetikus untuk memberi arahan dan mengawal komputer. GUI yang paling popular ialah Microsoft Windows. Apple telah membuka jalan untuk perubahan bahagian jenis ini dengan menampilkan Macintosh.


Persekitaran pengoperasian untuk komputer berasaskan-pen (pen-based) dipanggil antara muka (interface) berasaskan-gerak (gesture-based) sebab ia didapati di dalam gerakan atau “gestures” bagi pen seakan-akan stylus (sejenis jarum untuk memainkan piring hitam) ke atas sentuhan skrin komputer yang sensitif.


Sejarah OS


1980

QDOS : Tim Paterson dari Seattle Computer menulis QDOS yang dibuat dari OS terkenal pada masa itu, CP/M. QDOS (Quick and Dirty Operating System) dipasarkan oleh Seatle Computer dengan nama 86-DOS karena dirancang untuk prosesor Intel 8086.


Microsoft : Bill Gates dari Microsoft membeli lisensi QDOS dan menjualnya ke berbagai perusahaan komputer.


1981


PC­ DOS : IBM meluncurkan PC­ DOS yang dibeli dari Microsoft untuk komputernya yang berbasis prosesor Intel 8086.


MS­ DOS : Microsoft menggunakan nama MS­ DOS untuk OS ini jika dijual oleh perusahaan diluar IBM.


1983


MS­ DOS 2.0 : Versi 2.0 dari MS­ DOS diluncurkan pada komputer PC XT.


1984


System 1.0 : Apple meluncurkan Macintosh dengan OS yang diturunkan dari BSD UNIX. System 1.0 merupakan sistem operasi pertama yang telah berbasis grafis dan menggunakan mouse.


MS ­DOS 3.0 : Microsoft meluncurkan MS DOS 3.0 untuk PC AT yang menggunakan chip Intel 80286 dan yang mulai mendukung penggunaan hard disk lebih dari 10 MB.


MS ­DOS 3.1 : Microsoft meluncurkan MS­DOS 3.1 yang memberikan dukungan untuk jaringan.


1985


MS ­Windows 1.0 : Microsoft memperkenalkan MS­Windows, sistem operasi yang telah menyediakan lingkungan berbasis grafis (GUI) dan kemampuan multitasking. Sayangnya sistem operasi ini sangat buruk performanya dan tidak mampu menyamai kesuksesan Apple.


Novell Netware : Novell meluncurkan sistem operasi berbasis jaringan Netware 86 yang dibuat untuk prosesor Intel 8086.



1986


MS­ DOS 3.2 : Microsoft meluncurkan MS­ DOS 3.2 yang menambahkan dukungan untuk floppy 3.5 inch 720 KB.


1987


OS/2 : IBM memperkenalkan OS/2 yang telah berbasis grafis, sebagai calon pengganti IBM PC DOS.


MS­ DOS 3.3 : Microsoft meluncurkan MS­ DOS 3.3 yang merupakan versi paling populer dari MS DOS.


Windows 2.0 : Windows versi 2.0 diperkenalkan.


MINIX : Andrew S. Tanenbaum mengembangkan Minix, sistem operasi berbasis Unix yang ditujukan untuk pendidikan. MINIX nantinya menginspirasi pembuatan Linux.


1988


MS­ DOS 4.0 : Microsoft mengeluarkan MS­DOS 4.0 dengan suasana grafis.


WWW : Proposal World Wide Web (WWW) oleh Tim Berners­Lee.


1989


NetWare/386 (juga dikenal sebagai versi 3) diluncurkan oleh Novell untuk prosesor Intel 80386.


1990


Perpisahan : Dua perusahaan raksasa berpisah, IBM berjalan dengan OS/2 dan Microsoft berkonsentrasi pada Windows.


Windows 3.0 : Microsoft meluncurkan Windows versi 3.0 yang mendapat sambutan cukup baik.


MS­Office : Microsoft membundel Word, Excel, dan PowerPoint untuk menyingkirkan saingannya seperti Lotus 1­2­3, Wordstar, Word Perfect dan Quattro.


DR DOS : Digital Research memperkenalkan DR DOS 5.0.


1991


Linux 0.01 : Mahasiswa Helsinki bernama Linus Torvalds mengembangkan OS berbasis Unix dari sistem operasi Minix yang diberi nama Linux.


MS DOS 5.0 : Microsoft meluncurkan MS­DOS 5.0 dengan penambahan fasilitas full­-screen editor, undelete, unformat dan Qbasic.



1992


Windows 3.1 : Microsoft meluncurkan Windows 3.1 dan kemudian Windows for Workgroups 3.11 di tahun berikutnya.


386 BSD : OS berbasis Open Source turunan dari BSD Unix didistribusikan oleh Bill Jolitz setelah meninggalkan Berkeley Software Design, Inc (BSDI). 386 BSD nantinya menjadi induk dari proyek Open Source BSD lainnya, seperti NetBSD, FreeBSD, dan OpenBSD.


Distro Linux : Linux didistribusikan dalam format distro yang merupakan gabungan dari OS plus program aplikasi. Distro pertama Linux dikenal sebagai SLS (Softlanding Linux System).


1993


Windows NT : Microsoft meluncurkan Windows NT, OS pertama berbasis grafis tanpa DOS didalamnya yang direncanakan untuk server jaringan.


Web Browser : NCSA memperkenalkan rilis pertama Mosaic, browser web untuk Internet.


MS­ DOS 6.0 : Microsoft memperkenalkan MS­DOS 6.0 Upgrade, yang mencakup program kompresi harddisk DoubleSpace.


Slackware : Patrick Volkerding mendistribusikan Slackware Linux yang menjadi distro populer pertama di kalangan pengguna Linux.


Debian : Ian Murdock dari Free Software Foundation (FSF) membuat OS berbasis Linux dengan nama Debian.


MS­ DOS 6.2 : Microsoft meluncurkan MS­DOS 6.2.


NetBSD : Proyek baru OS berbasis Open Source yang dikembangkan dari 386BSD dibuat dengan menggunakan nama NetBSD.


FreeBSD : Menyusul NetBSD, satu lagi proyek yang juga dikembangkan dari 386BSD dibuat dengan nama FreeBSD.


1994


Netscape : Internet meraih popularitas besar saat Netscape memperkenalkan Navigator sebagai browser Internet.


MS­DOS 6.22 : Microsoft meluncurkan MS­DOS 6.22 dengan program kompresi bernama DriveSpace. Ini merupakan versi terakhir dari MS DOS.


FreeDOS : Jim Hall, mahasiswa dari Universitas Wisconsin­River Falls Development mengembangkan FreeDOS. FreeDOS dibuat setelah Microsoft berniat menghentikan dukungannya untuk DOS dan menggantikannya dengan Windows 95.


SuSE : OS Linux versi Jerman dikembangkan oleh Software und System Entwicklung GmbH (SuSE) dan dibuat dari distro Linux pertama, SLS.


Red Hat : Marc Ewing memulai pembuatan distro Red Hat Linux.



1995


Windows 95 : Microsoft meluncurkan Windows 95 dengan lagu Start Me Up dari Rolling Stones dan terjual lebih dari 1 juta salinan dalam waktu 4 hari.


PC DOS 7 : IBM memperkenalkan PC DOS 7 yang terintegrasi dengan program populer pengkompres data Stacker dari Stac Electronics. Ini merupakan versi terakhir dari IBM PC DOS.


Windows CE : Versi pertama Windows CE diperkenalkan ke publik.


PalmOS : Palm menjadi populer dengan PalmOS untuk PDA.


OpenBSD : Theo de Raadt pencetus NetBSD mengembangkan OpenBSD.


1996


Windows NT 4.0 : Microsoft meluncurkan Windows NT versi 4.0


1997


Mac OS : Untuk pertama kalinya Apple memperkenalkan penggunaan nama Mac OS pada Mac OS 7.6.


1998


Windows 98 : Web browser Internet Explorer menjadi bagian penting dari Windows 98 dan berhasil menumbangkan dominasi Netscape Navigator.


Server Linux : Linux mendapat dukungan dari banyak perusahaan besar, seperti IBM, Sun Microsystem dan Hewlet Packard. Server berbasis Linux mulai banyak dipergunakan menggantikan server berbasis Windows NT.


Google : Search Engine terbaik hadir di Internet dan diketahui menggunakan Linux sebagai servernya.


Japan Goes Linux : TurboLinux diluncurkan di Jepang dan segera menjadi OS favorit di Asia, khususnya di Jepang, China dan Korea.


Mandrake : Gael Duval dari Brazil mengembangkan distro Mandrake yang diturunkan dari Red Hat.


1999


Support : Hewlett Packard mengumumkan layanan 24/7 untuk distro Caldera, Turbo Linux, Red Hat dan SuSE.


Corel Linux : Corel pembuat program Corel Draw, yang sebelumnya telah menyediakan Word Perfect versi Linux, ikut membuat OS berbasis Linux dengan nama Corel Linux dan yang nantinya beralih nama menjadi Xandros.




2000


Mac OS/X : Mac OS diganti dengan mesin berbasis BSD Unix dengan kernel yang disebut sebagai Mac OS/X.


Windows 2000: Microsoft meluncurkan Windows 2000 sebagai penerus Windows NT.


Windows Me : Microsoft meluncurkan Windows Me, versi terakhir dari Windows 95.


China Goes Linux : Red Flag Linux diluncurkan dari Republik Rakyat China.


Microsoft vs IBM : CEO Microsoft Steve Ballmer menyebut Linux sebagai kanker dalam sebuah interview dengan Chicago Sun­Times. Di lain pihak, CEO IBM Louis Gartsner menyatakan dukungan pada Linux dengan menginvestasikan $ 1 milyar untuk pengembangan Linux.


2001


Windows XP : Microsoft memperkenalkan Windows XP.


Lindows: Michael Robertson, pendiri MP3.com, memulai pengembangan Lindows yang diturunkan dari Debian. Nantinya Lindows berganti nama menjadi Linspire karena adanya tuntutan perubahan nama oleh Microsoft.


2002


Open Office : Program perkantoran berbasis Open Source diluncurkan oleh Sun Microsystem.


OS Lokal : OS buatan anak negeri berbasis Linux mulai bermunculan, diantaranya Trustix Merdeka, WinBI, RimbaLinux, Komura.


2003


Windows 2003 : Microsoft meluncurkan Windows Server 2003.


Fedora : Redhat mengumumkan distro Fedora Core sebagai penggantinya. Nantinya ada beberapa distro lokal yang dibuat berbasiskan Fedora, seperti BlankOn 1.0 dan IGOS Nusantara.


Novell : Ximian, perusahaan pengembang software berbasis Linux dibeli oleh Novell, begitu juga halnya dengan SuSE yang diakuisisi oleh Novell.


LiveCD : Knoppix merupakan distro pertama Linux yang dikembangkan dengan konsep LiveCD yang bisa dipergunakan tanpa harus diinstal terlebih dahulu. Distro lokal yang dibuat dari Knoppix adalah Linux Sehat dan Waroeng IGOS.




2004


Ubuntu : Versi pertama Ubuntu diluncurkan dan didistribusikan ke seluruh dunia. Ada beberapa versi distro yang dikeluarkan, yaitu Ubuntu (berbasis Gnome), Kubuntu (berbasis KDE), Xubuntu (berbasis XFCE), dan Edubuntu (untuk pendidikan).


2005


Mandriva : Mandrake bergabung dengan Conectiva dan berganti nama menjadi Mandriva.


2006


Unbreakable Linux : Oracle ikut membuat distro berbasis Linux yang diturunkan dari Red Hat Enterprise.


CHIPLux : Distro lokal terus bermunculan di tahun ini, bahkan Majalah CHIP yang lebih banyak memberikan pembahasan tentang Windows juga tidak ketinggalan membuat distro Linux dengan nama CHIPLux, yang diturunkan dari distro lokal PC LINUX dari keluarga PCLinuxOS (varian Mandriva). CHIPLux merupakan distro lokal pertama yang didistribusikan dalam format DVD.


2007


Vista : Setelah tertunda untuk beberapa lama, Microsoft akhirnya meluncurkan Windows Vista. Windows Vista memperkenalkan fitur 3D Desktop dengan Aero Glass, SideBar, dan Flip 3D. Sayangnya semua keindahan ini harus dibayar mahal dengan kebutuhan spesifikasi komputer yang sangat tinggi.


2008


3D OS : Tidak seperti halnya Vista yang membutuhkan spesifikasi tinggi, 3D Desktop di Linux muncul dengan spesifikasi komputer yang sangat ringan. Era hadirnya teknologi 3D Desktop di Indonesia ditandai dengan hadirnya sistem operasi 3D OS yang dikembangkan oleh PC LINUX. Ada beberapa versi yang disediakan, yaitu versi 3D OS untuk pengguna umum serta versi distro warnet Linux dan game center Linux.


Jenis-Jenis OS


1. WINDOWS XP dikembangkan oleh MICROSOFT


2. LINUX dikembangkan oleh LINUX


3. UNIX dikembangkan oleh BELL Lab


4. MAC-OS(MACHINTOS) oleh APEL


5. SYMBIAN yang biasa digunakan untuk operation system pada telephone cellular atau smart phone.


6. MS-DOS dikembangkan oleh MICROSOFT


7. UBUNTU dikembangkan oleh LINUX


8. WINDOWS VISTA dikembangkan oleh MICROSOFT

List of Operating Systems


Related Posts with Thumbnails